Biodata

NURSYAFIQAH R. NOVELIS merupakan seorang penulis muda di Malaysia yang berusia 18 tahun (2015). Beliau telah berjaya menghasilkan tiga buah manuskrip novel dan salah satunya bakal diterbitkan pada tahun 2015 ini. Selain itu, beliau juga telah berjaya menghasilkan 15 buah cerpen yang confidential serta beberapa buah sajak. Beliau mula menulis sejak berusia 14 tahun dan berjaya menghasilkan manuskrip yang lengkap pada usia 15 tahun. Sekarang ini, beliau sedang dalam usaha gigih untuk menyiapkan tiga buah manuskrip baru yang bakal menjadikan jumlah manuskripnya sebanyak ENAM buah manuskrip. Beliau menanam cita-cita untuk bergelar seorang penulis yang disayang Tuhan. Beliau memilih untuk menghasilkan karya penulisan yang patuh syariah dan mempunyai moral yang tinggi. 

Antara pencapaian beliau ialah :


1. Hadiah Penghargaan untuk Sayembara Penulisan Kreatif Cerpen Berunsur Islam peringkat Kebangsaan. (2015)


2. JOHAN Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Sekolah Menengah anjuran Bank Simpanan Nasional peringkat daerah Kota Kinabalu. (2014)


3. Tempat Ketiga Pertandingan Menulis Esei Sempena Karnival Integriti dan Anti-Rasuah (KIARA) peringkat negeri Sabah. (2014)


4. Pembahas Terbaik untuk Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen peringkat Sekolah. (2014)


5. Pemantun Terbaik untuk Pertandingan Pesta Pantun peringkat Sekolah. (2014)


6. Pengerusi Terbaik untuk Unit Beruniform. (2014)


7. Tempat Ketiga Peraduan Menulis Cerpen anjuran PTS One. (2012)


8. Pingat Perak untuk Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda peringkat Antarabangsa anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. (2012)


9. SAGUHATI untuk Pertandingan Menulis Esei Bahasa Melayu anjuran MyPengguna peringkat Kebangsaan. (2011)


10. LIMA terbaik untuk Pertandingan Melukis Poster Hari Kemerdekaan anjuran Petronas peringkat daerah Kota Kinabalu. (2009)


ORIGINAL NURSYAFIQAH R. NOVELIS ®
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║█│║▌
Verified Official by Facebook


PLEASE SUPPORT ME. THANK YOU <3

No comments:

Post a Comment

Copyright © ♡ Syafieqah Qafiesya ♡ Design by Muhammad Shahril